Sukan Olimpik Seoul 1988

Sukan Olimpik Musim Panas 1988 (Bahasa Inggeris: 1988 Summer Olympics, (Hangul: 1988년 하계 올림픽; RR: 1988nyeon Hagye Ollimpig) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXIV (Bahasa Inggeris: Games of the XXIV Olympiad) dan juga dikenali sebagai Seoul 1988 merupakan acara pelbagai sukan yang telah dianjurkan di Seoul, Korea Selatan dari 17 September hingga 2 Oktober 1988.[3] Sebanyak 8,391 atlet dari 159 negara telah bertanding dalam 237 acara. Penyediaan edisi Sukan Olimpik ini dibantu oleh 27,221 orang sukarelawan.Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di negara tersebut, dan Sukan Olimpik Musim Panas kedua yang dianjurkan di benua Asia. Tuan rumah Korea Selatan telah mendapat tempat keempat dari segi pungutan pingat keseluruhan, dengan 33 pingat (12 pingat emas). Kesatuan Soviet pula mendapat tempat pertama dengan 132 buah pingat (55 pingat emas), sebuah rekod yang terdekat dengan keputusan yang diperolehi oleh negara China (48 pingat emas) pada tahun 2008 dan USA (121 pingat emas) pada tahun 2016.Seoul 1988 merupakan Sukan Olimpik terakhir yang diadakan semasa Perang Dingin. Berbanding dengan edisi Sukan Olimpik yang sebelumnya, di mana berlakunya pemboikotan oleh negara blok Komunis dan blok Kapitalis, hanya beberapa negara yang memboikot edisi ini, antaranya termasuklah Korea Utara dan negara sahabat Korea Utara termasuklah Cuba. Walaupun dijemput, Albania, Ethiopia dan Seychelles juga tidak menyertai edisi Sukan Olimpik ini.[4] Nicaragua tidak menyertai disebabkan oleh masalah kewangan,.[5] dan Madagascar juga menarik diri disebabkan oleh kekangan kewangan.[6]